Ahad, 13 Ogos 2017

Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

     Salam Sejahtera para readers sekalian. Hari ni saya mau share sikit pengalaman semasa temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.

     Dua minggu sebelum temuduga, saya mendapat email dari spa pengambilankhas. Dalam email tersebut tertera tarikh masa dan tempat seperti berikut

Tarikh : 7/8/2017
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah    

Sebelum tu saya sempat menyemak statistik kekosongan di Sabah iaitu 100++
dan jumlah calon yang dipanggil temuduga seramai 2320.

Pada hari interview saya jalan awal pada jam 7 pagi dan sampai pada jam 9 setengah. Dari Beaufort ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam setengah. Keadaan trafik jalan raya tidak sesak membolehkan saya sampai awal.

Pastu saya sampai di Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, terus ke dewan. Temuduga dilakukan di dewan.
Selepas itu, berbaris untuk mendaftar. Saya mendapat nombor ke 10.
Berasa nebes juga la.

Sebelum tiba giliran saya untuk ditemuduga. Para panel penemuduga berehat kira2 jam 10 setengah pagi sehingga la jam 11. berdebar debar jantung ketika itu.

Akhirnya lonceng berbunyi untuk suruh saya masuk.

Saya ucapkan Selamat Pagi.
Semasa tu penemuduga baru seorang dan suruh saya menunggu sebentar.

Apabila panel penemuduga yang satu lagi sampai dan bermula lah saya ditemuduga.

Antara soalan2 yang diajukan :
1.perkenalkan diri
2. nama menteri, timbalan, pengarah sabah (KKM)
3. situasi semasa bekerja
4. tugas2 ppk
5. sanggup kah kalau ditempatkan di pengurusan mayat?

itu seja la yang kena tanya. yang selain tu pasal kokum saya.
     Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada panel penemuduga dan bersalaman dengan mereka.

Saya membawa diri untuk keluar dari ruangan temuduga.

Sekian itu sahaja utk kali ini.
Semoga berjaya!

UPDATE: 11/9/2017
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan