Ahad, 13 Ogos 2017

Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

     Salam Sejahtera para readers sekalian. Hari ni saya mau share sikit pengalaman semasa temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.

     Dua minggu sebelum temuduga, saya mendapat email dari spa pengambilankhas. Dalam email tersebut tertera tarikh masa dan tempat seperti berikut

Tarikh : 7/8/2017
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah    

Sebelum tu saya sempat menyemak statistik kekosongan di Sabah iaitu 100++
dan jumlah calon yang dipanggil temuduga seramai 2320.

Pada hari interview saya jalan awal pada jam 7 pagi dan sampai pada jam 9 setengah. Dari Beaufort ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam setengah. Keadaan trafik jalan raya tidak sesak membolehkan saya sampai awal.

Pastu saya sampai di Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, terus ke dewan. Temuduga dilakukan di dewan.
Selepas itu, berbaris untuk mendaftar. Saya mendapat nombor ke 10.
Berasa nebes juga la.

Sebelum tiba giliran saya untuk ditemuduga. Para panel penemuduga berehat kira2 jam 10 setengah pagi sehingga la jam 11. berdebar debar jantung ketika itu.

Akhirnya lonceng berbunyi untuk suruh saya masuk.

Saya ucapkan Selamat Pagi.
Semasa tu penemuduga baru seorang dan suruh saya menunggu sebentar.

Apabila panel penemuduga yang satu lagi sampai dan bermula lah saya ditemuduga.

Antara soalan2 yang diajukan :
1.perkenalkan diri
2. nama menteri, timbalan, pengarah sabah (KKM)
3. situasi semasa bekerja
4. tugas2 ppk
5. sanggup kah kalau ditempatkan di pengurusan mayat?

itu seja la yang kena tanya. yang selain tu pasal kokum saya.
     Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada panel penemuduga dan bersalaman dengan mereka.

Saya membawa diri untuk keluar dari ruangan temuduga.

Sekian itu sahaja utk kali ini.
Semoga berjaya!

UPDATE: 11/9/2017
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.

Ahad, 5 Februari 2017

Bagaimana saya mendapat kerja Waiters

(cerita ini telah berlaku sekitar abad ke-21 pada tahun 2015 di bulan April)

Salam Sejahtera kpada para readers yg terhormat 😋. Kali ini saya akan menceritakan bagaimana saya mendapat kerja waiters(pelayan) di sebuah restaurant. hehehe😁

Okok. kita start dri awal..😉
First ni, sebenarnya yg jumpa keja ni satu kampung saya juga, tpi dorang ni mcm kazen jgak laa sebab rapat.. nama dorang Sylvia dan Sabrina Ginsos(Twin Sisters) uhh~
dorang mula mencari kerja setelah tamat STPM.
ouhh😮.. Pastu anak buah saya sorang ni pula dapat tahu ada kerja kat restaurant tu diajak dengan kakak dua org ni ler..

Ohhyaa perkenalkan nama anak buah saya tu Anddy Ryenddy Raymon dan nama restaurant tersebut pula ialah Lucy's Kitchen.
Selepas beberapa hari berlalu, saya yg kebosanan di rumah dan sedang mengalami krisis kewangan tiba2 berminat utk bekerja.??

Selepas saya mendapat tahu restaurant tu memerlukan tambahan pekerja saya terus datang ke lokasi berkenaan, iaitu Lucy's Kitchen yg terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu Sabah Malaysia. huuhh~
mcm mana pula saya tau ada kerja kosong tu?
yaa mestilah chat dengan si Andy.

Setibanya saya disana. Saya tercari cari dimana restaurant tu. saya berpusing pusing smpai jumpa kfc, tandas dan so on. Last2, jmpa jugak.. time tu restaurant tu belum pun membuka pintu niaganya. hahaha.(awal sangat) Sabrina atau nama singkatnya Biena menjemput saya masuk dengan membukakan gate.. huhu..

Di sana saya berjumpa dengan Supervisor restaurant yang bernama Azni (klau ndak silap)
dia suru saya isikan borang kerja tu. dia tanya kesanggupan saya bekerja di bawah tekanan dan shift yang bersilih ganti. saya segera meng-ia-kan segala galanya.

hari tu juga saya bermula bekerja. shift saya pula petang. jam 1 baru mula.

tik tok tik tok. sampai juga jam1.

~Begitulah sedikit kisah bagaimana saya mendapat kerja waiters. Sekian sahaja untuk  kali ini. Salam Hormat dan Salam Satu Sabah.

-the end-